I made this widget at MyFlashFetish.com.


Friday, 15 April 2011

Kawan~Teman~Sahabat....


          Assalammualaikum ~ hye semua... hari ini sebagai permulaan saya menulis dlam blog sya ini, saya ingin menceritakan kepada kamu semua tentang persahabatan...apa yang ad di sebalik persahabatan? Sahabat adalah perangsang,penghibur,pembentuk dan segala-galanya dlam hidup ini.Hanya yg membezakan sedikit atau byknya memperolehi manfaat persahabtan itu adlah bergantung kepada ramainya shabat di kalangan teman-temannya dan bagaimna ia menghayati hubungan persahabatannya utk dimanfaatkan....

         Cukuplah penerangan sya tentang pengertian sahabat..Di sini saya ingin menceritakn sedikit sebyak  ttg  persahabatan saya.... saya amat bersyukur kepada Allah  kerana saya dikurniakan dgan sahabat2 yg sgat memahami..tidak kiralah di masa susah mahupun senang mereka selalu ad utk saya...kami sering mengulang kaji bersama-sama...makan bersama-sama malah rahsia pun dikongsi bersama-sama....mereka juga mempunyai minat yang sama seperti sya...sy akan sentiasa mengingati mereka sepnjang hayat saya~~ Insya-Allah...Amin...

Sesungguhnya sahabatmu itu suka kepadamu.Tetapi tidaklah setiap org yang suka kepadamu itu sahabatmu (HAMKA)

Di sini juga , sya ingin berkongsi tips-tips sbgai seorg sahabat
Tips-Tips Persahabatan ~~

1. Jangan ad maksud yg tidak jujur 
2.Hendaklah seseorang itu beremosi dan tegas kepada kita pd waktunya
3.Jika perlu, ia suka berkorban untuk kita sesuai pd waktunya sebagaimana kita juga sanggup berkorban kepadanya
4.Sabar dan matang mengawal  diri
5.Bersikap terus-terang
6. Diri kita di hormati olehnya
7. Budinya hendaklah lebih utama daripada kita.Luas pemikiran dan mulia tujuannya
8.Kalau perlu, ia sanggup mengorbankan ap yg perlu dan mahal buat kita
9. Dipersetujui jlan fikirannya dgan jlan fikiran kita
10. Rahsia kita disimpannya dgan baik

Imam Jaafar Sadiq pernah berkata: Janganlah anda bersahabat dengan lima jenis teman. Iaitu :

# Pembohong
Apabila anda cuba bersahabat dgan seorg penipu, maka anda akn jarang memperolehi kebenarannya melainkan penipuan semata-mata 

# Bodoh
Anda tidak akn beroleh sesuatu dripadanya.Sekiranya ia cuba utk mendatangkan manfaat kpd anda, maka ianya akan menjadi kemelaratan pd usaha itu

#Kedekut
Maka ia akan memutuskan dan menghilangkan peluang anda drpd ap yg amat anda perlukan

# Pengecut
Ia akan menyerahkan dan sanggup menggadaikan diri anda utk lari dri kesulitan

#Fasik
Maka ia akan menjual diri anda dgan sesuap mkanan atau kurang dripda itu


Sekian dulu coretan saya .....Insya-Allah sya akn berkongsi tajuk-tajuk menarik dlam blog sya ini..terima kasih kerana sudi meluangkan masa membacatan coretan sya ini...diakhiri dgan ucapan....Wassalam...




No comments:

Post a Comment